Wednesday 29 July 2015

Jerawat, Parut & Kulit Sensitif?

Lama tak update blog! Maaflah, I busy dengan career sejak akhir-akhir ini. Untuk entry kali ini, I nak kongsikan set penjagaan wajah yang I amalkan sejak awal tahun ini. I bukanlah jurucakap atau duta bagi produk-produk berikut jadi untuk makluman lanjut mengenai produk berikut, sila google atau rujuk Instagram ya.

I mempunyai kulit yang licin dan gebu-gebas gitu sewaktu zaman remaja tetapi sebaik sahaja mencecah usia 16 tahun, tiba-tiba miss jer jer datang hinggap di muka. Bukan satu tetapi banyak sampaikan I rasa malu nak pergi sekolah. Maklumlah, waktu tu masih hingusan dan bukannya pandai nak cover miss jer/parut menggunakan concealer plus, concealer pun tak berapa famous sangat waktu tu.

Macam-macam produk I cuba. You name it! Bermula dari produk yang menghancuskan wajahku iaitu Felisa Kosmetik, seterusnya I cuba Olay, Natifa, Shurah, Safi, T3, dan macam-macam lagi. Semuanya ikut nasib. Ada yang menjadi, ada yang makin teruk.

Disebabkan I mempunyai kulit wajah yang berminyak (especially at T-Zone area), bertambah sukarlah untuk I mencari produk yang sesuai dengan wajah. Antara produk Farmasi yang I pernah guna dan agak bagus adalah Eucerin, Clinelle, dan Cosmoderm. Ketiga-tiga produk ini sangat selamat dan tak meninggalkan kesan cela pada wajah terutamanya produk Cosmoderm.

Agak lama I setia kepada Cosmoderm dan akhirnya, mungkin sebab terlalu lama, produk tu dah sebati dan tak berapa berkesan pada kulit I. Jadi, I pun mula mencari produk baru yang bersesuaian sehinggalah I terbaca review dan post dari jenama skincare baru yang masih tiada nama pada waktu tu iaitu, TATI SKINCARE.

Produk yang diperbuat daripada herba tempatan ini mula mendapat tempat dalam kalangan penggemar kosmetik selepas beberapa post yang dikeluarkan di Facebook produk ini mendapat perhatian orang ramai.

Bukan itu sahaja, bahkan Tati Skincare ini dapat digunakan oleh kaum LELAKI juga.
Jom kenal produk TATI Skincare dengan lebih details lagi:

Tadaaaa! Inilah set TATI Skincare yang I guna. 

I gunakan Cleanser, Toner, Day Cream, Sunblock, Night Cream & Treatment Cream. Ada banyak lagi produk yang ditawarkan oleh Tati Skincare tapi ini adalah antara produk yang bagus dan berkesan pada kulit I. Harus diingatkan, hasil setiap produk adalah berbeza mengikut kulit wajah masing-masing ya!

Cleanser
1. Cleanser/Pencuci : I gunakan 2/3 kali sehari. Dulu, pencuci muka ni dibuat dalam bentuk sabun petak tetapi sekarang ia dah dituker ke bentuk liquid (cecair) which is lebih senang dan efficient untuk dibawa ke mana-mana. Maklumlah, kalau sabun, cepat sangat habis dan kena letak dalam bekas tupperware.

Cara menggunakan pencuci muka ni sangat senang. Picitkan sikit ke atas tangan dan gosokkan sehingga keluar boleh kemudian urut perlahan-lahan di wajah. Nak bagi kesan yang lebih effective? Biarkan seketika (2-3minit) lepas tu, bilas dengan bersih.

Kulit wajah rasa tegang, bersih, dan yang paling best, ia dapat mengecutkan serta memudarkan parut wajah. Best sangat pencuci muka ni!


Toner
2. Toner/Penyegar : Selepas mencuci muka, I gunakan Toner untuk menyegarkan dan membersihkan pori-pori muka. Hangpa tau tak pori-pori tu apa? Alaaa, pori-pori ni liang roma, kulit wajah kita le youols. Rasa segar sangat muka lepas menggunakan toner ni. 


Sunblock
Day Cream
3. Sunblock & Day Cream : Selepas menggunakan toner, sapukan sunblock dan day cream pada wajah. Harus diingatkan, kedua-dua produk ini sesuai digunakan pada waktu siang (daylight) sahaja. Day cream tu I selalu jadikan makeup base. Sapukan sikit sahaja, tak perlu banyak-banyak pada wajah maklumlah Malaysia kan panas, kalau kita sapu cream tebal-tebal memang kulit kita akan jadi senang berminyak. Dan minyak tu boleh mengakitbatkan pori-pori tersumbat lalu menghasilkan miss jer jer.



Treatment Cream

Nigh Cream
4. Treatment & Nigh Cream : Kedua-dua produk ini I gunakan pada waktu malam, sebelum tidur. Caranya, cuci wajah dan sapukan toner seperti biasa kemudia sapu sedikit Treatment Cream dan seterusnya sapukan Night Cream pada wajah. 

Kedua-dua cream ni agak melekit jadi tak perlu sapu banyak, sapu sedikit sahaja. Night cream ni sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat manakala Treatment cream ni membantu menghaluskan kulit. Keesokan harinya, kulit pasti rasa licin dan best je.

I nak share sedikit tips untuk sapukan cream ni, cuma calit sedikit sahaja (1-2cm) ke wajah, dan urut perlahan-lahan (hala ke atas). Maksudnya, urut dalam urutan ke atas, jangan urut pada urutan ke bawah pula.

Nak order TATI Skincare? Boleh pergi ke official Facebook Tati Skincare. Taip je TATI Skincare, akan keluarlah official page produk ni.
Urusan penghantaran produk juga cepat lagi pantas, I selalunya dapat produk dalam masa 2 hari je. Kadang-kadang, sehari.

Harga? Usah risau. Harga TATI Skincare amat berpatutan dan boleh dibiayai oleh segenap lapisan masyarakat.

Jom kongsi set pencuci muka yang you guna. Feel free to post your comment yea!
Thanks! 

Monday 20 July 2015

Innai Red X Alia Bastaman Bridal Show 2015

I am getting married! Yes yes yes! Tapi
TAHUN DEPAN & DEPAN & DEPAN.

Yes, I ada bincang dengan my boyfriend on our engagement plan. InsyaAllah, next year tapi tak salah kalau kita buat survey awal-awal kan. Maklumlah, bukan senang nak handle organize sesebuah wedding atau engagement. Tambahan pula, my bff is getting married on next January so as her maid of honour, ececeh.. I banyak la teman dia pergi survey barang-barang kahwin. 

Recently, I went to ke Innai Red & Alia Bastaman bridal fashion show. Koleksi pegantin Alia & Innai semua cecantiks! Rambang mata kami youols! Di samping fashion show tu, terdapat mini booth yang mempamerkan pelbagai kelengkapan untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau sebarang majlis istimewa. Sambil-sambil tengok fashion show dapatlah I cuci mata dengan hiasan-hiasan cantik kat booth-booth tu.

Ada booth Event Organizer, Wedding Planner, Photographer, Make-up and etc. Ada juga booth yang sediakan service untuk reka dan print kad-kad pengantin/special events. Pendek kata, macam-macam ada!

Jom kita lihat koleksi Innai Red & Alia B.








Kebanyakan collection Alia B dan Innai Red ni menggunakan kain lace dan organza. Ada juga material chiffon serta beads yang menghiasi permukaan fabrik. 

Innai Red






Alia Bastaman





So, macam mana? dah dapat idea untuk wedding / engagement you nanti? Macam I, I akan menggunakan warna pastel sebab pastel ni lembut dan cantik je warna dia. Tapi warna apa tu I belum decide lagi. Hmm, purple maybe? Oh, kalau you ada idea, jom kongsi dengan I. Thanks!

Bye :)