Monday 28 September 2015

Tips Cepat Kurus

Salam everyone,

Yes, selepas sekian lama menyepi akhirnya terdetik juga di hati I untuk update blog yang dah berhabuk ni. Hmm ada ke orang yang sudi baca blog I ni? Hahaha.

Sejak akhir-akhir ni, I memang determine nak 'get fit'. Dulu I seorang yang sangat aktif. Aktif Taekwondo, menari, dan macam-macam lagi tapi biula dah busy dengan kerja dan career, lemak mula muncul. Tak boleh jadi ni, it's time to get fit! Real fit!

Tak ada benda yang senang dalam dunia ini. Semuanya perlukan USAHA. Masa I tengah sibuk-sibuk men'google' video senaman di youtube maka akhirnya I terjumpa dengan video yang I rasa sangat-sangat sesuai untuk mereka yang tak suka 'typical' exercise. Video ni more to aerobic tapi at the same time, ianya juga sesuai untuk muscle and cardio.

Siapa kenal Bipasha Basu? Ala, pelakon Bollywood yang meletops tu. Dulu badan dia memang berisi but recently, badan dia sangat fit dan cantik. Rahsianya? Kenalah tengok video ni:


Title : 
30 Min Total Body Workout for Weightloss - Beginners Workout – Bipasha Basu Fit & Fabulous You

I buat senaman ni selama 30 minit tapi untuk peringkat permulaan, buat setakat kemampuan kita dulu. Kalau you dapat bertahan sehingga 15-20 minutes pun tak apa. Untuk peringkat awal ni, kita tak boleh terus paksa badan untuk exercise sampai 30 minutes straight. Buat sikit-sikit sehingga kita mampu capai 30 minit.

Setiap hari, dalam jam 8.30 - 9.00 malam I akan buat senaman mengikut video di atas. Selepas senaman, I akan berehat seketika kemudian I akan minum secawan 'green tea'. Green Tea atau dikenali sebagai Teh Hijau ini memang bagus untuk menyingkirkan lemak dalam badan. Antara kesan Teh Hijau ni anda akan kerap ke tandas untuk buang air kecil.

Kalau I rasa lapar, I akan makan buat dan minum air kosong. Disebabkan I ada gastrik, I perlu ambil sekurang-kurangnya buah-buahan supaya perut tak kosong.

Kita tunggu dan lihat hasil senaman ini. Kurus ke idoookkk? Tunggu update seterusnya okay?

Toodles!