Sunday, 21 October 2018

MASK YANG BAGUS UNTUK ACNE SKIN



I have been there and I know how you feel. Post hari ini I mulakan dengan sedikit madah ala-ala luahan hati gitew. Sob sob sob.

I pernah mengalami masalah jerawat serta breakout yang teruk dek hormon yang mengganas dari dalam diri ini. Breakout itew tersangatlah teruk sehingga I malu nak keluar rumah, kalau lah ada human clone, I rela human clone tersebut yang keluar, bukanlah diri ini. 

Bayangkanlah, kerja I sebagai PR  (sila google) /Corporate Communication Officer memerlukan I untuk keluar dan bertemu dengan cewek-cewek serta cowok-cowok di luar sana. Muka dahlah breakout teruk ni, daripada 100%, terus confident level I turun mendadak ke 10%. 

Oleh kerana itu, korang akan perasan yang most of the skincare atau beauty routine yang I post lebih menjurus kepada mereka yang mengalami masalah acne, oily, serta sensitive skin. Baiklah, mari kita mula.

I tak mendapat mana-mana tajaan dari produk-produk yang I akan share hari ini. Ini adalah berdasarkan review peribadiku serta pengalamnku sendiri. I akan kongsikan mask muka yang bagus dan sesuai untuk kulit berjerawat. Hasil pasti berbeza mengikut kulit but it works for me.

Aztec Clay Mask
The best mask ever! Mask ni sangatlah best dan ia dapat mengecutkan jerawat, mengecilkan pori, melicinkan serta menegangkan kulit. Boleh dibancuh bersama air atau Apple Cider Vinegar. Lepas korang pakai mask ni, kulit korang akan rasa licin dan tegang tetapi kadang-kadang mask ni buat kulit kering dan dalam masa beberapa hari, kulit kering tu akan hilang, diganti dengan kulit yang baru. Kalau ada jerawat nanah atau besar-besar, korang akan rasa geli-geli nyilu menyucuk jerawat itu. Usah khuatir, I juga pernah mengalami simptom itu. Lol. Tak tahu macam mana nak describe mask ni, korang kena cuba sendiri okay?





Lush Mask of Magnaminty
A bit pricey tetapi hasilnya sangatlah extraordinary. I beli mask ni sewaktu I ke Korea, masa tu kat Malaysia belum ada lagi Lush outlet. Mask ni sangat 'minty', bila korang sapu kat kulit muka tu, korang akan rasa berangin je. Mengikut kata sales girl yang jual mask ni pada I, mask ni merupakan campuran China clay and fresh peppermint. Macam yang kita tahu, Lush ni memang mengeluarkan kosmetik yang dibuat secara 'handmade' dan Lush is a HUGEEEE brand girls. Ingredients yang mereka gunakan dalam produk mereka juga Fresh!Tipu lah kalau korang tak kenal Lush kannnn. 






Freeman Facial Clay Mask (Mint & Lemon)
Kaki-kaki Watsons atau Guardian mesti tahu produk ni. Freeman ni dah lama bertapak di Malaysia dan produknya juga bagus serta menarik! Sebab apa I cakap menarik? Cuba korang tengok packaging dia, colourful giteww. Inilah yang membuatkan mask ni menyerlah berbanding mask lain kan. Packaging yang colourful, creative membuat wanita di luar sana terpikat. Bukan setakat packaging tapi mask ni juga berkesan dan sesuai untuk mereka yang mempunya kulit berjerawat. Harganya juga berpatutan sis, sesuai untuk mereka yang nak cantik tapi nak berjimat pada masa yang sama. 







Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
I am a big fan of Korean beauty products unfortunately skin I hanya sesuai dengan sesetengah produk sahaja but this product, is a 'must have' item. Ada tiny beads (volcanic clusters) dalam mask ni jadi texture dia ala-ala berbintik-bintik sikit. Yang best tentang mask ni, kulit rasa lebih lembut dan bersih lepas korang basuh mask dan yang paling penting, ianya sangat senang untuk dibersihkan. Sesetengah mask terlalu likat texture dia jadi masa kita nak bersihkan tu kadang-kadang kita kena tonyoh ala-ala manja muka kan but this mask is different, basuh dan gosokkan sikit je muka dengan air, terus hilang sisa-sisa mask. Kesan mask ni juga tidak terlalu 'harsh'pada kulit dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif. 





Mary Kay Clear Proof Deep-Cleansing Charcoal Mask 
Ini salah satu daripada mask yang I masih guna sampai sekarang. Produk Mary Kay ni memang popular dan harganya juga a bit pricey tetapi saiz produknya agak besar, boleh tahan for few months dan kalau kira-kira balik, sesuailah dengan harganya kan. Mask ni sangat sesuai untuk kulit jenis berjerawat / oily. Mary Kay ada banyak produk range, Clear Proof ni salah satu daripada produk yang khas untuk kulit berjerawat. Bila korang sapu mask ni pada muka, korang akan rasa ticklish (geli-geli manja) dan bila korang bersihkan mask ni, korang dapat hasil kulit yang lebih cerah, pores makin kecil, minyak di wajah akan berkurangan serta yang paling penting, miss jer akan terus mengecil (kecut). Untuk yang ada budget lebih boleh cuba mask ni.








Kalau korang pernah cuba produk yang I suggest ni dan nak share pengalaman yes pleaseeee, I mengalu-alukan komen korang. Thank you youols!

*Photo source : Thanks Google ;)

No comments:

Post a Comment