Sunday 21 October 2018

MORNING SKINCARE ROUTINE


Good Morning, Selamat Pagi! Tengah bersiap nak ke office ke tu sis?
Pernah tak sambil-sambil korang cuci muka atau sapu krim tiba-tiba terlintas difikiran,

"Eh, betul ke skincare routine I ni?" 

atau mungkin sewaktu lepak di pagi hari sambil menghabiskan sebungkus nasi lemak tiba-tiba kawan korang tanya

"Sis pakai apa kat muka pagi ni? Glowingnya!" atau mungkin ada juga yang menegur 

"Apasal muka you nampak lain? Nampak gelap je"

Mohon baling bungkusan nasi lemak pada orang itteww. Lol. Awas kalian, jangan ditegur rupa gue pagi-pagi. 

Usah kau gusar atau kuatir, mari I share 'Morning Skincare Routine' yang sangat amat basic dan mudah untuk korang amalkan. Lepas ni kalau tiba-tiba boss tegur muka youols glowing, mohon belanja I makan. Haha. 

Tak payah susah-susah nak beli Serum itu ini. Amalkan step yang mudah ni dan yang paling penting, sisthur sekalian kena consistent. Apa itu? Korang kena amalkan step ni hari-hari, agar ia sebati dengan kulit, jiwa, raga, nuranimu, dan sebagainya. Gitew.

STEP 1 
Cleanser (Pencuci Muka)
Ini ialah step yang paling penting. Korang perlu pastikan kulit anda bersih setiap kali bangun dari tidur tau. Bagi yang mempunyai kulit jenis berminyak, korang boleh menggunakan GEL BASED CLEANSER. Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering pula boleh menggunakan CREAM CLEANSER dan bagi yang mempunyai kulit jenis normal/kombinasi boleh menggunakan FOAM CLEANSER. Kulit perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Nanti I buat special post untuk 'types of cleanser' yang sesuai dengan kulit masing-masing kayyyy?

STEP 2
Toner (Penyegar) 
Teman-teman sekalian, toner sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting pada kulit kita. Selepas korang cuci muka tu WAJIB WAJIB WAJIB sapukan toner pada kulit. Toner ni sebenarnya mengandungi pelbagai benefit antaranya, dapat membantu mengecilkan pori, mengimbangi PH kulit, menambah perlindungan, menyegarkan kulit muka dan banyak lagi. Nak tahu toner jenis apa yang sesuai pada kulit? Meh sis tunjuk. 
- Bagi Acne-Prone Skin: Pilih toner yang mengandungi Salicylic Acid.
- Bagi Combination Skin: Pilih toner yang mengandungi Lactic Acid.
- Bagi Dry Skin: Pilih toner yang mengandungi Glycerin or Essential Oils.
- Bagi Mature Skin: Pilih toner yang mengandungi Aloe Vera or Vitamin C.
- Bagi Normal Skin: Pilih toner yang mengandungi Coenzyme Q10 or Hyaluronic Acid.
Ingat, jangan skip toner tauuu!

STEP 3
Moisturizer (Pelembap) atau Day Cream (Krim Siang) 
Untuk step 3 ni, korang boleh pilih samada nak pakai Moisturizer or Day Cream. Macam I, I selalu gunakan moisturizer sebab kulit I senang kering dek aircond di office yang mencecah suhu kutub utara. Plus, moisturizer dapat menambahkan perlindungan pada kulit wajah, mengurangkan kedutan serta garis halus, mengelakkan dari masalah-masalah kulit seperti miss jerr (jerawat) dan banyak lagi. Nak tahu apa moisturizer yang sesuai dengan kulit masing-masing? Mohon lihat di bawah: 
- Untuk Oily / Acne Prone Skin
Pillih moisturizer yang mempunyai ciri oil-free / non-comedogenic kerana moisturizer jenis ini tidak akan membuat liang pori tersumbat.
- Untuk Dry Skin
Sesuai dengan moisturizer yang mempunyai hydrating effects
- Untuk Sensitive Skin
Pilih moisturizer jenis ringan, 'fragrance-free', creamy dan tidak menyebabkan keradangan pada kulit

STEP 4
Sunblock (Perlindung sinar UV) 
Haaa ramai yang tak suka pakai sunblock kan? Kadang-kadang sunblock buat kulit tak selesa, berminyak dan lain-lain lagi tetapi korang perlu lah bijak memilih sunblock mengikut kesesuaian kulit anda. Pilih sunblock yang jenis 'Creamy' yang mempunyai SPF 30 dan ke atas. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, korang boleh gunakan sunblock jenis 'water-based'. Cara menggunakan sunblock pada kulit muka yang betul adalah picit beberapa titik sunblock pada tapak tangan dan ratakannya pada kulit muka sekurang-kurangnya 30 minit sebelum  keluar dari rumah.  

Jadi, bila nak mula ni sisthur sekalian? Next week la, tahun depan la, Luse la Ewah-ewah. Jangan gitu dong. Mulakannya esok okay? Mulakannya secepat mungkin. Kalau korang terbaca post ni sambil tengah get ready nak ke office tu, haa bagus. Mulakannya sekarang!

Feel free to share you experiences or your opinion in the comment box. Good luck!

Olololo. Adik basuh muka ke main air dik?
Source - Google

No comments:

Post a Comment