Masalah 'jerawat' ni bukan sesuatu yang asing bagi kita. Dengan cuaca yang tidak menentu, di tambah pula dengan debu-debu dan persekitaran yang kurang bersih, tak mustahil jika jerawat datang singgah ke kulit muka kita.
Ada macam-macam produk khas untuk jerawat tetapi untuk mencari produk yang betul-betul berkesan dan sesuai dengan budget kita bukanlah sesuatu yang senang betul tak?
Jangan risau, jangan khuatir youols. I akan kongi beberapa produk yang berkesan untuk mematikan dan menghentikan pertumbuhan jerawat itu! Kami dah cuba sendiri produk ini. Nak tahu produk apa? Mari kita lihatttt!
1. OXY ACNE PIMPLE MEDICATION
Harga : bermula dari RM10.50 - RM20.50
Kat mana nak beli : Harga : RM40 (30ml)
Kat mana nak beli : Watsons, Guardian, Farmasi, Pasar raya terpilih
2. DALACIN T
Dari dulu Dalacin T memang popular dan digunakan untuk mematikan jerawat. Produk ni juga mampu menghilangkan jerawat-jerawat halus di muka. Bau Dalacin T macam ubat sikit tapi keberkesanannya memang tak dapat dinafikan kerana kandungan 'Clindamycin' di dalam Dalacin T ini berkesan dan dapat menghalang pertumbuhan bakteria.
Harga : RM40 (30ml)
Kat mana nak beli : Farmasi (cth; Caring Pharmacy)
3. TIDACT
Gel Tidact ni sememangnya 'viral'! Ada macam-macam review positif tentang gel ni. Kandungan bahan di dalam Tidact ni lebih kurang sama dengan Dalacin T sebagai contoh, 'Clindamycin Phosphate'. Krim ni juga sesuai digunakan untuk jeragat di muka.
Harga : RM40 (30ml)
Kat mana nak beli : Watsons, Guardian, Farmasi
4. T3 MYCIN
T3 Mycin Gel juga popular dan sering digunakan untuk
merawat jerawat. Ia mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis anitbiotik lincosamide yang berfungsi dengan mengurangkan jerawat dan / atau menghentikan
pertumbuhan bakteria kulit yang mnyebabkan jerawat.
Harga : RM10
Kat mana nak beli : Watsons, Guardian, Farmasi
5. PONDS ACNE GEL
Gel ini mudah meresap pada kulit dan tekstur nya juga sangat ringan. Ponds acne gel ni dapat mematikan jerawat secara perlahan-lahan. Produk ini tidak menyebabkan kulit wajah berminyak. Walaupun ponds gel ni tak dapat mematikan jerawat dalam masa sehari/dua hari tetapi ia mampu menghalang dan meredakan pertumbuhan jerawat.
Harga : RM8.06
Kat mana nak beli : Watsons, Guardian, Farmasi
6. HIMALAYA ACNE-N-PIMPLE CREAM
Krim Himalaya ni juga mendapat review yang positif daripada
orang ramai. Bau krim ni agak 'minty' dan ada bau ala-ala herba juga. Bahagian yang berjerawat tu akan rasa gatal dan sedikit 'minty' selepas krim disapu.
Harga : RM26.94
Kat mana nak beli : Watsons, Guardian, Farmasi
7. NARUKO (Tea Tree Shine Control & Blemish Clear)
Produk ini tidak mengandungi paraben dan mempunyai 'cooling effect' setelah disapu pada kuit muka.Mengandungi Serenoa Serrulata Fruit Extract dan Salicylic Acid yang dapat membantu menghalang bakteria penyebab jerawat serta membantu mengecilkan pori-pori di muka. Produk ni mengandungi 'alcohol' so baunya agak kuat sedikit. Produk ni tidak mengandungi paraben.
Harga : RM41.60
Kat mana nak beli : Watsons, Guardian, Farmasi
Sumber gambar : Google
Disclaimer: Harus diingatkan, hasil setiap produk bergantung kepada kondisi kulit masing-masing ya. Selamat berjuang untuk melawan acne/jerawat!
No comments:
Post a Comment