Wednesday, 16 November 2016

Kat Mana Nak Cari Tempat Spa Best?

Hola darlings,


Bagi wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang sentiasa sibuk bekerja dan sukar untuk mencari masa untuk berehat tu, baca post ni sampai habis tau. Seharian bekerja, mengadap client, mengejar dateline, meeting sana sini, dengan traffic jam lagi, fuhhh situasi-situasi seperti di atas memang memenatkan dan mendatangkan tekanan atau stress betul tak?


Jom ambil masa untuk rileks dan segarkan balik badan kita yang dah lesu dan letih ni. I ada tempat SPA best yang nak kongsi dengan korang. Nak tahu kat mana? Baca post ni sampai habis okay?

TIRTA SPA SERI PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR





I went to Seri Pacific Hotel Tirta Spa on 25th September. Sebab treatment kat situ sangat best jadi I nak kongsikan pengalaman I dengan korang semua. Nasib baik ada Groupon, dapatlah I beli Voucher Spa kat situ dengan harga yang berpatutan dan berbaloi-baloi!





Sebelum rawatan dimulakan, mereka hidangkan 'ginger tea' / teh halia dan berikan 'warm towel' kepada pelanggan. Masuk je ke ruang menunggu tu, terus terasa diri I macam berada di Bali youols!



Sambil menunggu giliran, boleh cuci mata dengan produk-produk Spa yang dijual di sini. 




Tak lama lepas tu, giliran I dah tiba. I memang sangat-sangat teruja, maklumlah dah lama tak 'manjakan diri' dengan spa ni. Nak tau bilik dia macam mana? Haaa. Sambung baca kat bawah : 



Kat bawah ni almari untuk kita tukar pakaian & letak segala barang-barang. Bilik ni untuk I sorang saja so, tak ada siapa-siapa kacau pun plus, tak rasa takut nak letak barang-barang berharga dalam almari ni.


Sesi spa dimulakan dengan feet massage & detox (15 minit). Sedapnya bila ada jari-jari lembut tekan kat telapak kaki tu. Sorry tak sempat nak ambil gambar feet massage. Selepas feet massage, mereka akan suruh kita baring di tilam yang disediakan untuk meneruskan sesi urutan badan. Tilamnya selesa walaupun tak tebal atau fancy :)



Selepas massage, scrub akan disapukan ke seluruh badan. Boleh pilih nak scrub apa. Ada macam-macam jenis. Contohnya detox, firming, cell renewal, dan sebagainya. I ambil detox. 

Bilik ni sangat besar dan luas. Ada ruangan lain untuk 'jacuzzi'. Sementara menunggu scrub tu kering, pekerja spa akan panaskan air dalam tub ni dan letak calming bath. Setengah jam jugak I berendam kat dalam ni. Memang best & selesa. 



And that's the end of my spa session. Untuk details atau maklumat lanjut, boleh layari laman web Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. 

See you in the next post. I nak cerita tentang 'skincare product' yang I baru cuba. Hint : Purest

Korang pernah pergi SPA kat tempat best tak? Jom share! 

No comments:

Post a Comment