Tuesday, 20 September 2016

Kulit Kepala Berminyak & Rambut Gugur?

Hola darlings!

Hmm siapa yang pernah experience rambut gugur + gatal kulit kepala + kelemumur?
Memang annoying kan rasanya especially bagi I yang berhijab, gatal dia tu memang tak tahu nak explain macam mana. Gatal yang sikit-sikit tapi annoying :(

I dah lama mencari syampu yang tak mengandungi banyak chemical, if possible I nak natural/organic product sebab sesuai untuk daily usage dan tak mendatangkan kesan sampingan pada kulit. I pernah guna macam-macam shampoo, u named it. List semua ada kat bawah ni :

1. Loreal
2. Pantene
3. Himalaya
4. Tresemme
5. Herbal Essence
6. Rejoice
7. Safi (Shayla & Safi biasa)
8. Head & Shoulder
9. Dove
10. Johnson Baby
11. Good Virtues Co.
12. Clear
13. Schwarkopf
14. Feather (Palmolive)
15. Green Tea (Follow Me)
16. Secret Garden

So, I went to Jusco last Sunday and sempat singgah di Body Shop. I tertarik dengan produk spa yang Body Shop baru keluarkan. Bau Aromatherapy Oil yang menusuk hidung ni sangat tempting & menenangkan. Good thing about Body Shop is staff mereka sangat helpful dan peramah.

Tak jemu-jemu explain dan cuba selesaikan masalah yang kita hadapi. Macam I, masalah rambut gugur paling obvious lately. Mengikut suggestion staff Body Shop hari tu, dia cakap syampu ni paling sesuai dengan masalah rambut I. I beranikan diri mencuba, beli syampu dan conditioner. I was looking for a trial pack but Body Shop tak sediakan trial pack for shampoo. So I beli yang 250ml.

Shampoo : Rainforest Balance (for oily hair)

Kadang-kadang bila rambut terperangkap lama dalam tudung, kulit kepala I jadi oily sikit. Ada pelbagai jenis syampu yang korang boleh pilih. From Normal to Dry Hair & Oily Hair.


Left : Shampoo, Right : Conditioner 


Nak bezakan shampoo dengan conditioner senang je sebab botol warna lain. Sticker pun warna lain.


Shampoo

Conditioner 

This is how it looks like. Gel type tapi tak terlalu likat. Just nice :)


Review : 
Syampoo - I dah 2 kali gunakan syampu ni. The texture is good, I dapat rasakan texture buih yang smooth keluar bila I mix gel shampoo ni dengan air. I akan gosok setiap kulit kepala dan biarkan selama beberapa minit. Rasa fresh sebaik sahaja I bilas rambut dengan air. 

Conditioner - Pun sama. Dah 2 kali I gunakan conditioner ni. I suka sangat sebab texture tak berminyak. Sesetengah conditioner, bila you bilas dengan air, kulit you akan rasa licin (macam tak bersih especially kat area leher/belakang kan kan). Tetapi trust me, conditioner ni memang smooth dan kulit tak rasa oily atau melekit langsung. Not at all.

I akan teruskan penggunaan shampoo ni dan buat masa sekarang, this is the best shampoo yang I pernah cuba. Gatal-gatal di kulit kepala I semakin kurang, nampak macam ada kesan positif pada keguguran rambut I juga. yeay! It's organic and well, who doesn't like natural products kan? 

Korang pakai syampu apa? Jom share! 

1 comment:

  1. Hi..
    Im aishah.. i had read your review about this product and i do think that the problem you had faced is same as mine..
    How much we have to spend to get this product?

    ReplyDelete