I am back with more updates on Tati Skincare!
Ramai yang tanya I mengenai Tati Skincare. Tahun ni merupakan tahun ke 3 I menggunakan Tati.
I pun bukan jenis yang berani nak try local products sebab macam yang kita tahu, local product kebanyakannya 'rebrand' produk dari Thailand, Vietnam atau China. Ada juga local product yang betul-betul okay dan dihasilkan daripada research tertentu tapi memang susah nak cari, kena rajin survey dan buat online research (google).
Dulu, masa I try Tati memang muka I betul-betul gelap dan tak sekata. Bukan tu je, ditambah pula dengan jerawat dan yang sewaktu dengannya. Rasa macam nak pakai topeng je bila keluar rumah. Semuanya disebabkan masalah hormon yang tak balance atau PCOS. Lain orang lain kesannya but when it comes to me, its affected my face, my skin. :(
Tati banyak membantu pada waktu tu, so kat sini I akan kongsikan & review setiap produk Tati yang I pernah cuba. Sesetengah produk tu I dah tak gunakan, sesetengah tu I masih guna sampai sekarang.
Tati Facial Wash :
Facial wash ni dalam bentuk cecair. Bila kat tempat sejuk, contoh dalam aircond, ia akan berketul. Maybe kandungan soap dalam facial wash ni tinggi. Facial wash ni hasilkan banyak buih putih yang kecil dan lepas kita cuci muka kita, kulit akan rasa tegang & sedikit kering. I selalunya akan pakai toner right after bersihkan muka sebab tak nak bagi kulit kering.
Toner :
Toner paling best! Sejuk, cepat meresap & rasa ringan kat kulit. I masih gunakan toner ni sehingga sekarang.
Sunblock :
Sunblock Tati pun best juga. Tak berapa oily, cepat meresap & rasa ringan pada muka. I selalunya sapu sunblock sebelum sapu 'day cream' & make up.
Day Cream :
Day cream agak likat. I selalunya akan jadikan day cream ni as 'makeup base'. Selepas sapu day cream, I tak perlu letak foundation. I terus guna concealer dan powder. Buat masa sekarang, I dah stop gunakan cream ni sebab lama-lama kulit I akan hasilkan banyak minyak setiap kali I pakai day cream.
Night Cream & Treatment Cream :
Kedua-dua cream ni mempunya texture yang agak likat, melekit, dan rasa macam sedikit berminyak pada kulit. Kalau gunakan cream ni sebelum tidur, keesokan paginya, kulit I jadi sedikit oily. So buat masa sekarang, I stop gunakan night cream. Plus, I selalunya akan gunakan toner dan OXY Cream sebelum tidur (untuk kecutkan jerawat, bila ada). I akan ceritakan details mengenai krim OXY pada post yang akan datang. Contoh OXY Cream yang I guna ada kat bawah ni:
Source : google |
Serum :
My favourite! Very light to my skin. Plus, effect dia memang best. Bila bangun tidur tu rasa smooth je kulit. A bit pricey tapi hasilnya sangat bagus! Jadi, buat masa sekarang I gunakan Facial Wash, Sunblock & Toner Tati Skincare SAHAJA.
Serum tu memang best tapi dah stop guna sebab I gantikan dengan OXY Cream. Takut pula nak mix 2 product yang berbeza kan. So, I pilih untuk sapukan OXY before tidur. Ada tak yang dah try tati? Okay ke tak? Share comments kat sini okay. Thank you!
Youtube 2.5 - Videosl.cc
ReplyDeleteYoutube 2.5 YouTube is a channel for youtube converter to mp3 video hosting for video slot machines. Watch various channel with no delay or long delay. Play free videos.