Thursday, 11 May 2017

Kulit Berjerawat, Parut Jerawat & Kulit Sensitif

Hola darlings,

Ingat tak lagi pada previous post I? I ada cerita tentang produk yang I guna iaitu TATI Skincare.(Click here) . I terima macam-macam 'feedback' & pertanyaan mengenai Tati Skincare, maaf kalau ada beberapa comment yang I tak sempat nak balas sebab jarang update blog 😅

Untuk pengetahuan semua, I dah tak guna TATI Skincare & Deeja Cosmetic. Sebab apa? Hmm sebab kedua-duda produk ni lebih kurang sama, dan kedua-duanya dah tak berkesan pada wajah I. Tapi selepas I berhenti menggunakan kedua-dua produk ni, jerawat besar naik di muka I. I pun tak tahu nak buat apa, it happened within few weeks so I have decided to do some research on other products. I dah tak nak guna local products sebab I risau kalau product tu sebenarnya produk 'rebrand'/timbang.

I found Clinelle and I have used this longggg time ago, waktu zaman belajar dulu. Tapi disebabkan masa zaman student dulu I tak berapa ada duit jadi I tukar pencuci muka yang lebih murah dan terus lupakan Clinelle.

Disebablan kulit I ni jenis kulit yang sensitif dan berjerawat, jadi I pilih 'anti-blemish' set. You can refer to below photos for product details. Set ni I beli berasingan but I forgot the price. Youols boleh visit website Clinelle untuk dapatkan details harga.





1. Facial Wash (Pencuci Muka)

Review : Rasa fresh dan kulit rasa ringan selepas I bersihkan muka dengan facial wash. Kulit muka rasa bersih sangat! Major love!


2. Toner (Penyegar)

Review : Nak apply toner ni senang saja, ada 2 cara. Pertama, spray pada cotton pad dan terus apply pada muka, yang kedua, spray saja terus ke muka dan ratakan dengan menggunakan tangan yang bersih. Kulit rasa fresh, yang paling I suka, tak rasa oily langsung muka selepas pakai toner. Yeay!


3. Moisturizer (Pelembap)

Review : Wajib pakai moisturizer selepas youols bersihkan muka sebab moisturizer ni dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit. I pakai sikit je moisturizer, sebelum apply makeup atau sebelum tidur but WAJIB PAKAI okay.


4. Scrub (Skrub)

Review : Scrub ni youls kena pakai twice a week (2 kali seminggu). Cara I pakai scrub senang je, mula-mula I cuci muka dengna facial wash kemudian, I apply scrub ni. Ada molecule kecil dalam scrub ni so molecule tu yang akan membantu membuang kulit-kulit mati pada wajah kita.

So yes, these are the products that I use currently. Setakat ni produk ni menunjukkan tanda-tanda yang sangat memberangsangkan. It works well on my skin! Rasa best je bila apply pada wajah. I akan update youols dengan my latest skin condition so stay tuned!

Ada tak pengguna tegar Clinelle kat sini? Feel free to post your comment below 😘